Friday, February 20, 2009

Skima penandaan kertas SPM Biology paper 2 bahagian B, "Calon perlu patuh arahan" - Guru Bio ku...

Kuantan, 20 Februari: Guru Bio ku menjelaskan terdapat sedikit kekeliruan oleh kebanyakan calon SPM berkenaan skima penandaan markah bagi kertas SPM Biology paper 2 bahagian B tahun 2009. Beliau berkata mengikut skima sebenar penandaan kertas SPM biology papar 2 bahagian B, hanya 2 soalan pertama sahaja yang akan di tanda guru manakala selebihnya tidak di endahkan. Hal ini telah dijelaskan kepada beliau dan penanda-penanda kertas Biology SPM 2008 yang lain sewaktu menghadiri seminar teknik penandaan kertas jawapan Biology yang di sampaikan pihak lembaga peperiksaan.

Bercakap pada pemberita Hazlaiimi di Megalanes Megamall kuantan pada pukul 3.30 ptg tadi, beliau berkata pelajar yang menjwb kertas SPM Biology bagi tahun 2008 seharusnya mematuhi "point of order" atau arahan dan kehendak soalan iaitu yang hanya mahu calon menjawab dua daripada empat soalan esay pilihan pada kertas 2 biology bahagian B.

"Sebagai contoh, Jika seorang calon menjawab soalan satu, soalan dua dan soalan tiga pada bahagian B kertas 2 biology, pemeriksa hanya akan menanda dua soalan pertama yg dijwb calon iaitu soalan satu dan dua sahaja.Manakala soalan tiga tidak diambil kira. Dan sekiranya dua soalan utama yang SEBENARNYA dipilih oleh calon itu adalah soalan satu dan soalan tiga manakala soalan dua di jawab oleh calon itu hanya kerana mempunyai banyak masa yg terluang sewaktu di dewan peperiksaan, sudah tentu pelajar itu akan kerugian markah kerana pemeriksa hanya menanda satu daripada dua soalan utama yang sebenarnya telah beliau pilih iaitu soalan 1 dan soalan 2 tetapi bukan soalan 3. Sedangkan soalan 1 dan soalan 3 adalah pilihan utama calon itu". Jelas guru biology ku.

"Saya yakin ramai calon yang menjawab lebih daripada dua soalan pada bahagian B dan saya bimbang ini akan merugikan mereka kelak. Saya juga berharap agar calon-calon SPM yang akan datang dapat mematuhi arahan soalan sepenuhnya serta hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada dua soalan pertama yang telah di pilih pada bahagian B itu".

Bercakap kepada beberapa org bekas pelajarnya tadi, beliau turut menasihatkan agar calon SPM tahun 2008 berada dlm keadaan tenang berikutan terdapat berita yang menyatakan keputusan SPM 2008 akan di umumkan dlm masa terdekat.

"Tunggu sajalah tarikh sebenar keputusan SPM dgn penuh sabar dan berdoalah agar memperoleh keputusan yg gempak apabila Rezult SPM di umumkan nanti", Kata beliau sambil tersenyum.

laporan disediakan....HAZLAIIMI

Sumber: BURNAMA

No comments: