Friday, June 5, 2009

MIG-29N akan ditamatkan perkhidmatan dari TUDM???


TUDM TUNGGU KEPUTUSAN KERAJAAN GANTI MIG-29N

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih menunggu keputusan daripada kerajaan mengenai cadangan penggantian pesawat MiG-29N dengan pesawat tempur yang lain.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, sementara kajian mengenainya dilakukan, pesawat MiG-29N akan beroperasi seperti biasa.

''Sebanyak 16 pesawat jenis MiG- 29N ini disenggara seperti biasa secara berperingkat-peringkat mengikut jadual,'' katanya pada sidang akhbar selepas program derma darah sempena sambutan 51 tahun TUDM di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kelmarin berkata, pesawat MiG-29N TUDM itu akan digantikan dengan pesawat pemintas lain bagi memperkuatkan lagi pasukan tersebut.

Menurutnya, pesawat MiG-29 akan dilupuskan dengan menjualnya kepada syarikat-syarikat tertentu atau ke negara-negara yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Azizan berkata, pesawat MiG-29N akan digantikan dengan pesawat pemintas lebih berkebolehan dengan pelbagai guna yang unggul, tangkas dan berkeupayaan untuk menyerang dan mematahkan serangan musuh.

Katanya, pesawat itu juga nanti boleh melakukan pelbagai tugas, mempunyai skop operasi yang lebih luas dan mampu beroperasi pada jarak jauh.

''Pesawat seperti Sukhoi SU- 30MKM dan FA 18D Hornet adalah antara pesawat pelbagai guna yang kita ada buat masa ini.

''Pesawat seperti ini perlu ditambahkan bilangannya untuk memperkuatkan lagi pasukan TUDM,'' ujar beliau.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA



Komen aku:
Kalau jadi le MIG-29N ni ditamatkan perkhidmatan, sunyi le ruang udara Kuantan gamoknya. Hangar Pangkalan TUDM Kuantan yang menempatkan Skuadron 17 dan Skuadron 19 pesawat tempur MIG-29 ni pun lengang le nanti... hahaha...

Jika MIG-29 mahu ditamatkan perkhidmatan, kerajaan perlulah menggantikan aset TUDM ini dengan pesawat tempur lain secepat mungkin. Ini kerana ketiadaan pesawat tempur ini akan melemahkan sedikit sebanyak pertahanan negara kerana MIG-29N merupakan satu-satunya jet pejuang pemintas negara bersifat "Interceptor" yang belum pernah ada dalam mana-mana servis angkatan udara di rantau Asia Tenggara sejak dari tahun 80an. Jadi, dibimbangi ketiadaan MIG-29N nanti akan mewujudkan satu lopong besar dalam pertahanan ruang udara negara disamping jumlah aset tempur yang akan berkurangan.

Aku pun tertanya-tanya gak kerajaan tak sayang ke Mig-29 ni? Sedangkan banyak modification telah kita lakukan pada MIG 29N. Antaranya dengan pemasangan prob pengisian minyak di udara serta menambah fungsinya yang mampu melancarkan peluru berpandu udara ke udara jarak jauh R-73. Tapi tu le, katanya jet MIG-29 ni banyak gak problem-problem lain yang mungkin membebankan dan merugikan negara. Antara problem yang hangat diperkatakan pada pesawat tempur MIG-29 ni adalah pengoperasiannya memakan minyak yang banyak sedangkan jarak penerbangannya pula agak minima. Keupayaan radar hadapan MIG-29 ini pun rendah. Mungkin sebab ini le kita sering menyaksikan formasi penerbangan MIG-29 bercampur dengan pesawat pejuang ringan seperti Bae Hawk.

Jika MIG-29N ini diputuskan akan ditamatkan, kerajaan perlulah menggantikannya dengan pesawat pejuang jenis lain yang sesuai dengan keperluan TUDM pada masa kini. Dengar-dengar, antara pesawat ganti yang mungkin akan diperolehi Malaysia adalah dari jenis F-18 Superhornet. Satu jenis lagi yang diura-ura akan dibeli Malaysia adalah pesawat tempur dari Pakistan yang namanya aku tak ingat plak... hehehe...


Apa-apa pun, adalah lebih baik sekiranya MIG-29N terus berkhidmat seperti biasa dan digantikan sebaik sahaja Malaysia menerima aset baru lain sebagai gantinya. Ye le, walaupun dah 15 tahun Mig-29N ni berkhidmat untuk Malaysia, peranannya masih lagi penting untuk pertahanan negara.

3 comments:

daishirokisame said...

Sebenarnya MiG-29 ni dah lama dah sejarahnya, cukup lama kalau nak masuk dalam Muzium Negara tu.

Dari apa yang saya dengar MiG-29 ni makin lama makin susah nak operate sekarang ni, tambah pulak dengan Rusia sendiri pun dah lama tamatkan MiG-29 dari perkhidmatan, nak maintain MiG-29 tu akan jadi lagi mahal la jawabnya.

Yang F/A-18E/F Super Hornet tu offer dari US, trade in kita punya F/A-18D Hornet pastu ganti ngan Super Hornet, itu yang saya dengar. So kalau MiG-29 diberhentikan sebelum time tu kita sebenarnya masih ada kekosongan.

Dengar juga khabar-khabar dari forum di mana ramai juga menginginkan agar TUDM menggantikan MiG-29 tu dengan MiG-35, pesawat MiG yang lagi baru dan canggih.

Ada saya cari dan jumpa gambar MiG-35 Rusia, tengok sekejap... fuiyoh, banyak betul tempat letak senjata dia.

ej said...

aku harap2 cepatlah ganti dengan pesawat baru. kalau x suyi aje tambah lagi negara jiran lain tegah sibuk cari pesawat juga, jangan sampai kita kena mainkan dengan jiran kita.

maverick said...

apa-apa pon. pembelian sebarang pesawat baru TUDM perlulah difikirkan tntang kesan baik dan buruknya.. lihat saja pembelian pesawat A4 ptm skyhawk,adalah satu pembelian yg sangt merugikan pihak TUDM dan ATM khususnya. sebelum itu,pihak USA telah membiarkan pesawat A4 ini tersadai di gurun sebelum pihak ATM membelinya.. sehingga kini pesawat tersebut hanya disimpn dan sebahagianya dijadikan tugu. oleh itu pihak ATM talah mengantikan pesawat A4 ini dengn pembelian Mig 29 dan F18. sehingga kini pesawat2 ini sering digunakan dalan pelbagai operasi ketenteraan. kesimpulanya,pembelian pesawat2 tempur TUDM perlulah dibincangkan lagi agar tidak membazir.. cadangn saya agar TUDM melihat keupayaan pesawat tornado GR4,F18E,Su37 dan Mig 35.